setiap insan,
pasti pernah merasakan kasih sayang,
pasti pernah merasakan kesakitan,
pasti pernah merasakan kesedihan,
hanya kerana,
seorang kesayangan.
dia,
yang diperkenalkan sebagai kesayangan,
kerana dia adalah yang teristimewa,
bagi seseorang yang tahu menghargai.
sesiapa yang mempunyai kesayangan,
pasti dia merasakan,
dia lah yang sangat beruntung,
dia lah yang sangat teristimewa,
dia lah raja,
dialah puteri raja,
dia lah bidadara,
dia lah bidadari,
dan dialah insan yang paling bahagia,
di atas bumi yang satu.
kesayangan,
kerana engkau lah kesayanganku.
Sunday, 5 October 2014
pergi
jauh kau pergi meninggalkan diriku,di sini aku merindukan dirimu,kini ku cuba mencari penggantimu,namun takk lagi kan seperti dirimu oh bintangku.
ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Allah.
namun dia masih di takuk lama.
tak mampu untuk bertegas dengan diri sendiri.
tak mampu untuk meyakinkan diri sendiri.
bahawa dia telah ditinggalkan, telah lama ditinggalkan.
dia hanya mampu redha.
mungkin yang Maha Esa telah menakdirkan yang dia bukanlah yang terbaik untuk dirinya.
dia,
hanya mampu memendam rasa,
hanya mampu memendam amarah,
hanya mampu menyimpan rasa,
hanya mampu menahan airmata,
hanya mampu menahan kesedihan,
kerana,
dia adalah mangsa,
dia adalah pemuas nafsu,
dia adalah barang mainan,
yang hanya ditinggalkan hanyalah secebis kenangan.
kenangan itu,
kenangan yang masih bisa membuat dia tersenyum,
tapi hanya sakit yang dirasakan,
dia hanya mampu menangis dalam senyuman.
maruah yang tercalar,
hanya disebabkan manisnya kata kata,
dan hanya sebab tuntutan nafsu,
dia merelakan.
dan seperti gadis gadis lain,
dia tinggalkan,
kerana si dia membawa diri,
pergi,
tanpa menoleh lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)