Sunday, 5 October 2014

kesayangan

setiap insan,
pasti pernah merasakan kasih sayang,
pasti pernah merasakan kesakitan,
pasti pernah merasakan kesedihan,
hanya kerana,
seorang kesayangan.

dia,
yang diperkenalkan sebagai kesayangan,
kerana dia adalah yang teristimewa,
bagi seseorang yang tahu menghargai.

sesiapa yang mempunyai kesayangan,
pasti dia merasakan,
dia lah yang sangat beruntung,
dia lah yang sangat teristimewa,
dia lah raja,
dialah puteri raja,
dia lah bidadara,
dia lah bidadari,
dan dialah insan yang paling bahagia,
di atas bumi yang satu.

kesayangan,
kerana engkau lah kesayanganku.