"biarlah dendam itu yang menjadi saksi tentang kepuasan diri dan hati apabila melihat engkau derita"
semakin dewasa diri ini, semakin aku tahu dan faham tentang kewujudan makhluk yang berpura-pura. sandiwara cinta yang dihulurkan sangat berkesan lalu menjadikan sebelah pihak sebagai boneka.
untuk apa?
untuk apa kau mempermainkan lalu memberi sejuta harapan?
untuk apa?
untuk apa kau meneruskan kisah ini sedangkan kau tahu akan permainan dia?
untuk apa?
untuk apa kau terus menerus memperbodohkan diri kau sedangkan kau tahu kau perlu pergi?
untuk apa?
untuk apa kau tetap berada di sisi dia sedangkan kau tahu sebenarnya kau telahpun memenangi permainan ini?
kau tunggu.
aku akan melunaskan dendam aku terhadap kau.
tidak kira dengan cara apa sekalipun.
terima kasih kerana buat aku menjadi seorang pendendam.
terima kasih kerana membuka mata aku untuk sedar yang aku perlu melakukan pembalasan atas segala apa yang kau dah buat dekat aku.
tidak mudah, sayang.
tidak mudah untuk aku melupakan segala apa yang kau dah buat dekat aku.
tidak mudah untuk aku memaafkan segala kesalahan kau.
tidak mudah untuk aku membiarkan kau pergi dengan tenang.
walau engkau mati sekalipun, dendam kesumat ini tidak akan pudar dimakan waktu.
kau seorang yang ego kan?
kau seorang yang sukar untuk mengucapkan kata maaf kan?
itu diri kau, sukahati.
kau ingat aku nak maafkan kau tanpa kau mohon maaf dengan aku dan mengaku segala kesalahan kau?
hdup tidak mudah seperti yang kau sangkakan sayanggg.
bak kata kau, THUGS LIFE.
"biarlah dendam itu yang menjadi saksi tentang kepuasan diri dan hati apabila melihat engkau derita"