Friday, 6 October 2017

Nafsu

Cerita ini hanya lah rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

-----

Liza mencemuh Azman bagai tiada peluang untuk hari esok menjelma. Dengan tangisan yang masih bersisa, Liza mengeluarkan kata kata yang tidak sedap didengar dan memukul dada Azman berulang kali. Dengan secara tidak sengaja, Azman terus memeluk Liza dengan niat ingin memujuk dan membiarkan bajunya basah dek air mata seorang Liza.

Kerana cinta, Azman sanggup berbuat apa sahaja. Kerana sayang, Azman tidak kisah dicemuh dan dihina di hadapan orang ramai. Betul lah orang kata, manusia akan bodoh kerana cinta, perempuan dan air mata.

***********

Suatu petang Sabtu yang dingin, Azman menjemput Liza seperti biasa untuk meluangkan waktu bersama si kekasih hati hidup dan mati. Liza, seorang Pegawai Bank, manis bertudung litup dan memperagakan dress berwarna hitam merah membuatkan hati lelaki Azman berkobar kobar.

Azman menghela nafas sepanjang yang dia mampu untuk tidak terus memikirkan yang bukan bukan. Akan tetapi, haruman minyak wangi yang dipakai oleh Liza tetap membuat hatinya tidak keruan. Lalu Azman bermonolog di dalam hati:

"Jika Liza sayangkan aku, pasti dia menurut segala kehendakku."

Maka Azman pun membawa Liza pergi makan dahulu. Orang kata, kalau nak pikat perempuan untuk terus sentiasa di sisi lelaki, bahagiakan perempuan dengan makanan. Destinasinya adalah KL Tower. Ala restoran yang pusing pusing tu, dan boleh tengok pemandangan Kota Metropolitan yang penuh dengan kejalangannya.

Liza sungguh terharu atas usaha yang masih ditunjukkan oleh Azman kepadanya walaupun sudah setahun mereka kecap bahagia bersama. Sebab itu lah Liza sangat sayang kepada Azman walaupun Liza tahu statusnya sebagai Pegawai Bank lebih cocok dengan seorang yang berjawatan tinggi. Azman? Hanya lah peniaga burger di tepi jalan KLCC.

Sambil menikmati pemandangan semasa dinner di Restoren KL Tower, Liza rasa bahagia kerana kekasih hati turut makan bersama. Ala ala Candle light dinner gituu. Dengan rasa terharu, Liza mengucapkan sebillion terima kasih kepada Azman kerana telah menjadikan dia sebagai wanita paling bahagia pada malam Sabtu tersebut.

Dalam pada ingin mengambil kesempatan, Azman terus menguji Liza.

"kalau Liza betul sayangkan Man, boleh Liza tunaikan satu permintaan Man?"

Liza menjawab tanpa pamitan dengan wajah yang sungguh beria.

"Gunung daik bercabang tiga sanggup Liza daki, setakat permintaan Man, apa lah sangat. Hah, apa dia Man nak minta kat Liza malam ni? Just say it!"


*************

Dengan wajah yang cemberut, Liza terus keluar dari Restoran Ala Bahagia Sangat selepas memberi satu tamparan yang Maha Hebat kepada Azman si kekasih hati. Azman terkejut lalu mengejar Liza tanpa memikirkan makanan yang belum habis dijamah dan berharga RM299 satu kepala.

***************


Walaupun Liza akhirnya menangis di dada Azman, hanya kerana tuntutan air mata itu perlu dihabiskan jika ianya telah dirembeskan, Liza dengan tenang mengucapkan salam perpisahan kepada Azman dek kerana permintaan Azman untuk mendaki dua gunung kepunyaannya.


Akhirnya, Azman pulang dengan hati yang amat kecewa sambil mencarut kekasih hati yang celaka perangainya. Azman bermonolog:

"Hah, itu lah perempuan. Cakap tak serupa bikin! Konon gunung daik sanggup kau daki, bila aku mintak gunung kau, terus kau bagi penampor kat aku. Membazir duit untung meniaga burger aku selama semunggu semata mata nak bawak kau makan kat KL Tower ni!"

--------

Cerita ini hanya lah rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.