Sunday, 10 April 2016

SOMETHING

Rasa yang dibawa angin lalu,
Rasa yang sangat sukar dimengertikan,
Rasa yang sentiasa ada dalam diri,
Rasa yang sangat sakit berpaksi di dalam diri yang serba kekurangan,
Tidak mampu untuk bertahan lagi,
Kerana kekuatan hilang entah kemana.

Sesuatu itu sangat menyakitkan,
Kadang kala ia membawa seribu kebahagiaan,
Kadang kala ia membawa seribu kesedihan,
Kadang kala ia membawa seribu kekecewaan,
Kadang kala ia membawa seribu tangisan,
Kadang kala ia membawa seribu senyuman.

Hati ini menangung seribu duka dan lara,
Hati ini juga menangung seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak terkata,
Hanya yang empunya hati yang tahu betapa tabah nya diri sendiri untuk menanggung segala keperitan.

Dia mengemis bagaikan pengemis yang mengemis sisa makanan di jalanan,
Sisa makanan yang bertaburan hanya untuk mengisi perut yang sedang kebuluran,
Tiada lagi perasaan malu,
Tiada lagi perasaan kesal,
Yang ada cuma secebis harapan untuk sedikit simpati dari orang ramai.

It is sooo SOMETHING.

Biarlah segala gala nya disimpan di dalam sekeping hati yang penuh dengan ketabahan.