Tuesday, 16 August 2016

Tuhan Lebih Tahu

kebahagiaan yang dikecapi hanya seketika,
Allah hadirkan pula rasa kecewa,
hati menangis tiada siapa yang tahu,
kesakitan yang dirasai hanya dipendam jauh di sudut hati,
Tuhan lebih tahu.

muhasabah diri.
mungkin kau dah tersangat jauh dari Dia,
kau leka dengan hal duniawi,
kau leka dengan hiburan dan kebahagiaan yang kau dapat,
jadi Dia cuma beri sedikit ujian untuk kau dekatkan diri dengan Dia.
Tuhan lebih tahuu.

move on, try harder to move on.
persetankan rasa bersalah tu sbb dia tak pernah rasa bersalah atas penipuan terbesar dia .
Tuhan gantikan seseorang yang boleh menerima baik buruk, itu sudah lebih memadai.
biar lah sakit sekarang sebab kau bukan lah seorang yang jenis sanggup melukakan hati kaum kau sendiri.
maafkan aku, kerana aku yang lebih terluka.

kau takkan berdiri megah selamanya sayang.
mungkin pada kau, aku seorang yang mudah lupa diri.
mungkin pada kau, kota metropolitan ni yang mengubah diri dan personaliti aku.
terima kasih atas kekuatan yang kau berikan atas kesakitan yang aku tanggung selama ni.

keputusan tak boleh ditarik balik kan ?
redha ? pasrah ?
aku taktahu aku redha atau pasrah.
semoga kesakitan yang aku rasa pada hari ini akan pergi secara perlahan lahan.
terima kasih atas segala kebaikan yang kau beri.
terima kasih atas segala pertolongan yang dihilurkan.
di hari kelahiran kau, aku undur diri. 
maafkan aku.