Wednesday, 7 September 2016

Terima Kasih

"Biar kenangan yang seketika itu cuma terpahat di lubuk hati yang paling dalam"


kebahagiaan yang ada seketika cuma,
aku redha jikalau kita tak ditakdirkan bersama,
tapi ketahuilah, aku jujur menyayangi diri kau,
kau cukup sempurna di mata aku,
aku suka kau,
aku minat kat kau,
dan aku mula sayangkan kau,
aku berharap kau akan menjadi milik aku suatu hari nanti,
tapi seperti ada sesuatu yang menghalang untuk aku terus menyayangi diri kau.
kita tak sama, pendirian kita berbeza,
banyak perkara yang aku dah belajar daripada engkau,
walaupun kadang kadang benda tu aku rasa sangat annoying,

hati,
mainan hati sangat memberi kesan pada diri aku,
aku dilemma,
antara suka, cinta dan sayang,
aku lebih rela undur diri melihat kau bahagia.
mungkin kebahagiaan tu memang hanya untuk seketika,
aku redha,
tapi percaya lah, rasa sayang yang ada dalam hati ni masih mekar untuk kau.

terima kasih,
terima kasih sebab beri aku rasa bahagia,
sehingga aku dapat melupakan dia yang lama,
terima kasih sebab sedarkan aku banyak perkara,
ye, aku sangat sayangkan kau.
dan aku taktahu macam mana aku nak menghadapi hari hari selepas ni tanpa engkau.
aku dah mula rasa sunyi , rasa kehilangan dan rasa kecewa,
aku terpaksa lukakan hati sendiri, demi kau.
aku rasa aku tak mampu untuk bahagiakan kau,

satu permintaan aku yang terakhir,
sebelum aku mengneutralkan perasaan aku terhadap kau, tolong bahagiakan aku buat kali yang terakhir.
aku nak rasa bahagia tu bersama kau,
aku nak rasa bahagia tu bersama org yang aku sayang,
aku nak menangis semahunya kat depan kau,
sebab aku nak kau tahu betapa sakit nya aku untuk lepaskan kau.
rindu yang tak kesampaian.
kasih yang tak terluah,
terima kasih.

aku rindu,
rindu dengan cara kau marahkan aku,
aku rindu dengan cara kau melayankan manja aku,
aku rindu dengan cara kau manjakan aku,
aku rindu nak tengok kau merajuk,
bila aku katakan aku annoying bila kau merajuk, tapi sebenarnya tak,
aku bahagia bila tengok kau mengade ngade dengan aku.
aku bahagia bila kau buat muka comel kau bila merajuk.
aku taktahu macam mana aku nak tengok muka kau lepas ni.

terima kasih atas segala kebaikan yang kau pernah beri kan.
halalkan makan minum aku,
halalkan segalanya,
aku minta maaf atas segalanya.
semoga kau berbahagia lepas ni, tanpa gangguan aku.

"Biar kenangan yang seketika itu cuma terpahat di lubuk hati yang paling dalam"




Sincerely,
mrsBamBam.